Buscar

Páginas

uwwweeekkkk!!!!!!!!!!!

uwwweeekkkk!!!!!!!!!!!

Resipi Puding roti, resepi nenek moyang :)

Okey, hari tu dengan bangganya saya berjaya menyiapkan puding roti dengan sedapnya. Habis kot! Kali ni saya nak reveal cara cara untuk membuat puding roti. Bukti yang saya pandai masak selain dari pandai makan. Hehehe...

Cara cara yang paling mudah dan sungguh simple sekali:

1. Mula mula prepare lah barang barang nya. Kalau takde barang macam mana nak buat kan kan kan. Pergilah Tesco ke Carrefour ke untuk membelinya. Bahan bahan ialah roti tak kisah berapa keping, marjerin, gula, tepung castard, susu cair 1 tin dan 2 -3 biji telur.

2. Kemudian, masukkan gula dan telur ke dalam bekas dan dipukul sehingga lah kembang macam belon. Lepas tuh, ambil susu cair panaskan atas api kemudian tuangkan bersama ke dalam adunan gula & telur tadi.

Then, ambil tepung castard masukkan ke dalam adunan tadi kemudian kacau sehingga sebati.

3. Lepas kacau, ambil roti, sapukan marjerin kemudian potong kecil-kecil, sukahati nak buat bentuk apa pun janji dah dipotong yek. Masukkan ke dalam bekas.

4. Adunan yang siap dikacau tadi kemudian dituang ke dalam roti roti tersebut dan digaul selama beberapa minit sehingga roti tu kembang.

5. Bila dah kembang, masukkan ke dalam oven, bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Dah siap! Puding roti anda akan sedaap dan enak untuk dimakan. Cuba & try! :)
tarra!

sekadar gambar hiasan apabila terlalu seronok!

Puding roti, in the making

First time, dalam sejarah tiba tiba tergerak hati nak buat puding roti. Maka dengan knowledge zero nye, buatlah puding roti dengan dibantu oleh video2 masakan 'how to make puding roti; di youtube. :) kelakar bunyi nye. Tapi itulah realiti. Tak tahu lagi hasil macam mana. So, kena tunggu dan lihatlah. Lepas berbuka baru boleh rasa. Jeng jeng jeng....

Selamat Berpuasa dan selamat menyambut ketibaan Ramadhan

Di kesempatan ini, saya sebagai salah seorang umat Islam ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Luas kan ucapan saya ni. :) Tak nak berat sebelah. Mana tahu ada kawan kawan kat luar negara ke. Sian diorang tak dapat ucapan puasa. Nanti merajuk. So, puasa kali ni kenalah banyakkan bersabar. Bukan apa banyak dugaan & cabaran yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan ni. So, apa yang berlaku tu kena ambil iktibar dan dijadikan sebagai pengalaman hidup. Kena banyak banyak berdoa kepada tuhan agar puasa kali ni menjamin keberkatan. Insya ALLAH. 


 Saya harap dapat puasa penuh tahun ni dan dibuka pintu hati agar lebih beriman dan lebih bertaqwa. Dan tidak lupa agar pintu rezeki sentiasa dibuka untuk keluarga saya. AMIN.. 


Don't ponteng ponteng puasa tau! Nanti tak dapat duit raya.. Heee ;)


Superhero ke Superwomen?

Pernah terfikir nak jadi SUPERHERO tak? Saya pernah! (angkat tangan) :) Pernah terfikir nak jadik Super Women lah.. :) Tapi time tu kecik kecik la bila tengok dekat tv, cite kartun pasal ULTRAMAN, SAILORMOON, POWEPUFF GIRLS,  macam macam lah. Tapi time tu jela. Bila dah besar ni terfikir nak jadik superhero yang betul betul super. Yela, sekarang banyak sangat jenayah. 


Paling sadis baru baru ni kita diterkejutkan dengan story pasal dua orang remaja perempuan yang hampir hampir maut bila nak kejar peragut yang meragut beg salah seorang daripada mereka ni. Nak dijadikan cerita, dua orang remaja ni baru balik dari bank. After keluar duit, diorang ni pun balik la. Lepas tu, sang peragut perangai macam haiwan ni (marah sangat) boleh pulak ragut mereka ni. Tapi yang paling sadisnya, seorang ni hampir nak putus tangan manakala yang seorang lagi tak tahu apa condition nye. Mereka ditimpa kemalangan waktu nak kejar peragut tu.


Sadis kan story ni. No wonder lah saya nak jadi SUPERHERO. Boleh selamatkan orang di waktu kesusahan. Tapi memang lah impossible right! Angan-angan jek. Moral of the story, be careful lah dengan keadaan sekeliling anda. Jangan cuba nak jadi sang wira bila keadaan tak mengizinkan kita untuk berbuat demikian. Bukan apa, mungkin dah ditakdirkan untuk kita bersemuka dengan perkara jenayah seperti ini. Yang penting, keadaan kita selamat dan serah pada yang ESA untuk menentukan balasan yang patut diterima oleh sang peragut itu. Peace!


saya nak jadi superwomen!

Farewell Party, PLUS

Okay, saya tahu saya agak malas kebelakangan ni. Malas nak menaip kat blog ni. Rasa macam suram jek. Tak tahu nak kabo macam mana. Nak dijadikan satu cerita, saya baru nak share the pictures (memorable pictures) time perpisahan hari tu. Kau berpisah dengan siapa pula fira. Berpisah dengan staff PLUS la. Even 2 bulan kat sane pun, saya disayangi macam puteri. Macam fairy princess. :)


Baik sangat, sanggup nak buat Farewell party untuk saya. Terharu gile. Permanent staff pun tak dapat layanan macam ni. Nak say thanks a lot to all the staffs yang bertungkus lumus memberi saya ilmu, mengajar saya dengan kehidupan di office, bergosip gosip, apa apa jela yang bersangkut paut dengan office ni. Suka sangat! You all memang terbaek! Nanti boleh la apply nak jadi sebahagian daripada family PLUS eyh. :) Anytime, anywhere kita jumpa lagi ye. Okey!
Itu sahaja garapan nak share dengan korang. Penat nak menaip. Sorry ye kalau entry tak menarik. Nak menarik tengoklah picture2 kat bawah ni. Pasti anda tertarik. :) Peace!




En.wan & Kak Faz 


sory,dah habis baru teringat nak capture pic :)


En. Ainul & Abg Faizal


This was my ex-bos! En.Azman


Chocolate Indulgance, always indulge me ;)


Best of the best, Kak ika & Kak Sas


Purezento!


All the staffs


cherish joy!


Wehehe




En. Razak, always be the funniest guy




WILL MISS YOU ALL!





Hari ini dalam sejarah

This week adalah minggu terakhir saya bersama dengan PLUS. Rasa sedih jugalah sebab yelah even 2 bulan kat sini pun, macam macam dapat. Dapat makan, dapat bergosip, dapat kawan baru, dan yang paling penting sekali ialah dapat satu pengalaman yang memang takkan lupakan sepanjang hayat. 


Nice and very friendly. Itulah word yang terbaik yang boleh describe mereka mereka di sini. Memang susah nak jumpa environment kerja macam ni. Yela, kau bosan macam mana pun, mesti ada jek benda yang dibuat. 


Hari ni, saya ada presentation nak kena buat. Hah, talk about presentation setiap manusia even yang jadi nenek pum mesti nervous juga lah kan. Tapi yang problemnya sekarang ni, saya memang sangat sangat kuasa 6 ganda nervousnye. Nak nak pula, bila diorang cakap kena present depan ramai orang. Kalau kat universiti, takde hal la sangat sebab yela present pun depan member2 sendiri kan. kalau salah pun member tolong gelakkan jela. :)


Present ape cik fira? Hari ni nak present pasal tajuk research saya kat universiti. Even belum habis pun tapi rasa nak share tu ada lah. Sebab benda baru kan. I think so. Tajuknya ialah jeng jeng jeng..... 'Chloride Resistance Of Self Consolidating Concrete using with Recycle Concrete Aggregate & Waste Paper Sludge Ash' Panjang tak? Dengar cam gempak kan? Tapi present jap lagi, macam..... Tak tahulah nak kabo lagu mane kan. 


So, hope presentation will be going smooth & steady. Bukan tu jek, harap saya tak jadi clumsy sangat sebab rasa macam nak clumsy jek kan jap lagi.
Anyway, wish me luck!


Thank you reading this entry. :)smile~


Kena praktis depan cermin..

Layang layang di Pantai Klebang, Melaka


Hye semua orang, happy petang day (maaf, broken kejap sebab tengah jadi macam rojak sekarang ni gara gara tak tahu nak buat apa)

Pernah rasa main layang layang tak? Mestilah pernah kan. Siapa tak pernah tu maknanya dia memang ketinggalan zaman atau dia tangan bangku(istilah baru dicipta untuk siapa yang tak pandai main layang layang) Zaman kanak kanak memang saya pernah mengalami pengalaman main layang layang. Dulu, masa mula mula main kena buat sendiri. Al maklumlah dulu bukan macam sekarang. Sekarang beli jek. Dulu buat layang layang pakai surat khabar, tak kisah la apa apa kertas janji boleh jadi bentuk layang layang yang macam bentuk diamond tu. Siap curi magazine mak or abah semata mata konon nak fancy sikitlah dekat layang layang tu ada kaler kaler. Yela, surat khabar just hitam putih jek. Memang tak sedap mata memandang kan. So, buatlah layang layang tu yang hanya menggunakan bahan yang simple sangat. Ada lidi nak gam kat tengah layang layang tu biar dia dapat terbang tinggi tinggi. Siapa dapat terbangkan layang layang tu paling tinggi, dia paling hebatlah. Dengan ditambah tali yang lebih kurang macam tali gasing tu. Peh memang kfreatif sebenarnya saya ni dulu dulu. :)
Bila zaman sekarang ni, maksudnya bila dah meningkat dewasa ni nak main layang layang pun segan. Yela, mana tak segannya. Tak ke nanti orang label kau ni buang tebiat ke tetiba nak main layang layang. So, pendamkan ajelah walaupun rasa macam nak main lagi. Tapi, yang saya lemah pasal main benda alah ni bila nak terbangkan mesti kena lari laju laju supaya dapat terbangkan layang layang tu dengan mudahnya. Kalau jenis main olahraga 1000 meter takpelah juga kan main lari lari ni. Ini badan pemalas macam ni nak kena lari. Wah, memang kuruslah lepas ni kan. So, pendamkan lagi niat tu. :)

Nak ditambakan lagi entry ni, hari tu saya berpeluanglah melihat sendiri betapa ramainya orang main layang layang. Tak kira usia muda, tua silap silap atuk nenek pun main. Memang ramai berkumpul di satu tempat yang lapang dipanggil Pantai Klebang, Melaka hanya untuk beriadah sambil bermain layang layang di situ. Memang sangat kagum. Ada tu, layang layang dia warna warni beb tak macam dolu dolu. Siap boleh buat rupa ular, sotong lah, lepas tu dekat layang layang tu ada gambar macam macam. Akan datang mesti ada yang letak gambar diorang kat layang layang tu. Memang ada lepas ni. 

So, kalau nak main layang layang sangat sangat or mengidam macam nak gila maka pergilah pantai sana k. Memang menarik tempat tu. Dengan angin yang sepoi sepoi bahasa, memang terbaik lah kalau dapat main dekat situ. Siap, boleh lepak lagi sambil makan char kuew tiow kat situ. Sedap pun sedap. (macam promoter lah pula kan)

Thanks for reading this entry. :)smile 
muka happy dapat pergi pantai

nampak macam burung kan? tapi sebenarnya tak

orang ni bertanggungjawab menjadi tour guide

layang layang, bukan burung k

kagum tengok layang layang berbunyi macam bot



tiba tiba ada kuda, aktiviti tambahan


lepak nak makan, lapor!




Nora Elena- Kasih Yang Suci

Selamat pagi. Walaupun nak tengahari da, tapi saya tetap juga nak say Selamat pagi. So, kali ni ada story menarik nak diceritakan. 
Korang pernah beli novel tak? Mestilah ada kan. Yang tak pernah beli tu sure yang daripada golongan lelaki lelaki yang perasan macho padahal jiwa meleleh. :) Yang perempuan mostly pernah beli kan. Tapi, saya adalah daripada golongan yang pelik sekali sebab tak pernah langsung beli novel. Bukan tunjuk yang diri ni macho sangat tapi yelah meminjam jela daripada nak beli. Membazir rasanya. So, bila fikir duit kena keluar sebab beli novel je memang sure lah tak nak beli kan. 


So, ada satu hari tu pergilah jalan-jalan di sekitar shopping mall untuk makan tengah hari. Jalan punya jalan tiba tiba hati ni teringin nak masuk MPH Bookstore. Masuk lah saya di dalamnya. (ini kalau geng gua tahu ni, mesti kau kau kena kutuk) Bila masuk tu tiba tiba lagi terpandang pula ada satu meja yang ada komputer digunakan untuk siapa siapa yang nak beli buku tapi tak jumpa kat mana letaknya buku tersebut. Lagi tiba tiba, bila saya search buku Kasih yang suci kat komputer tersebut. Mesti nak tahu apasal buku ni kau search kan. Sebenarnya, buku ni diadaptasi ke drama yang bertajuk Nora Elena. Alah, selalu petang pukul 7 kat tv3 tu. Cerita tulah, yang Aaron Aziz sangatlah romantik habis dan Siti Salehah yang sangatlah comel. Memang popular cerita tu. So, bila habis search ada pula kat bookstore tu. Yang paling menarik, tinggal satu copy jek. Memang menarik kan. Cepat cepat saya sambar. Dan dibawa pulang dengan hati yang girang bila berangan nak baca balik nanti. Itulah pengalaman first time ever beli novel ni. Nasib baiklah Aaron Aziz, kalau orang lain tak hingin aku nak beli. 


Thanks for reading. :)smile
Inilah novel yang hangat sekarang ni!

Moral down

Tadi mood okey, just fine. Sekarang dah gone. Thanks to you. 

Don want to say anything. Just shut. Anything goes around, fine you can blame me.

I can accept anything. 

Moral down.

Thanks for reading. :( crying a lot!

Garu kepala akibat kereta

Hari ini dalam sejarah. Wah, macam karyawan pulak. Well, hari tu my car rosak kan. So, saya dah pergi betulkan balik. Memang terbaik rasanya bila melihat harga setelah dibaiki oleh mechanic yang bertauliah tu. Ye ke? Yelah lot. :) Dalam masa yang sama tetanya tanya juga berapalah kena ni bila betulkan. So, dalam kepala otak ni fikir range harga dalam 100 ke 150 tu acceptable lagi lah kan. So, tunggu lah mechanic tu fixed kan kereta saya yang hon banya bunyi tu. :) Dan hasilnya, setelah diteliti oleh pakar maka dia pun menyimpulkan bahawa harga untuk membaiki hon tersebut adalah................................ Jeng jeng jeng (ada bunyi gendang dengan disusuli itik) adalah...... (sambung lagi)................................................... Ye, tengok ini harga nya (di bawah ye)
RM 324.00 tunai. Mak datuk, mak nenek semua keluar beb! Mahal gila tuh. Padahal hon jek yang rosak.Ke aku kena tipu? Barang yang ditukar adalah sebegini rupanya. 

Kecil kecil cili api ye. Macam ni harga dah dekat 200 something. Gila kau. Apasal mahal sangat nok! Orang ni cakap, biasa lah kalau kereta proton ni. memang macam tu. Lebih kurang macam ni la gaya dia cakap sambil menjeling ke arah kereta saya. Tapi saya tetap tak puas hati. Saya tanya lagi. Apahal mahal sangat brader. Tak boleh kurang ke. Rupa rupanya itu memang original daripada proton punya. Peh gila kentang lah. Lain kali memang aku tak mahu pakai kereta. Nak maintenance dia beratus juga weh! Mau garu kepala sat lagi. 
Secara conclusion nya, saya dah miskin. Nak pergi jadi peminta sedekah. Huhuhu. Jagalah kereta anda sebaik mungkin. Jangan lah ejek ejek dia even satu kesalahan yang dibuat oleh kereta macam tiba tiba mati tengah jalan. Jangan salahkan dia, macam cakap 'kau ni kereta aku buang dalam laut kang'  Jangan cakap macam tu tau. Sayangilah kereta anda. :)

Thanks for reading this entry. :) smile

Satoshi, the exceedingly cute

Hari jumaat lepas bersamaan 10 June 2011, pukulnya 8.30 malam. Mesti duk fikir apa yang kau buat fira oii. Sebenarnya time tu tengah layan movie. Memang kebiasaan lah kan if kita layan movie. Siapa siapa je layan movie. My opah pun layan movie jugak. Hari tu layan movie 'Tokyo Drift'. Memang nampak ketinggalan zaman sebab time tengok tuh saje saje jek bukak. Duduk depan laptop takde mende nak buat. Godek godek laptop tengok tengok ada movie ni. A pa lagi layan lah! Taknak story pasal hero nya. Nak story yang bukan hero. Heehe. Baru perasan yang bukan hero ni. Nihon go punya guy. Hensem sangat. Macho habis. Apa lagi terus search pasal dia. Nak tahu siapa. Inilah dia hero no 2 ku. 
Comelnya kau wahai Satoshi!



Nama dia Satoshi Tsumabuki. Pelik kan nama. Tapi macho habis! Dia ni pernah berlakon waterboys and Great Teacher Onizuka (GTO). Patut muka lu macam pernah gua nampak. Rupa rupanya banyak juga dia berlakon. Siap pernah menang award lagi. Peh, dasyat lah awak! Bila nak datang Malaysia? :) Soalan yang mungkin akan dapat jawapan yang sangat negative. Tahu tuh. Tapi nak tanya jugak.

 Lepas tengok movie tersebut, maka saya pun tidur dengan memikirkan wajah Satoshi ni. Wah, boleh masuk collection cutest saya ni. So, jangan lupa tengok lah balik movie ini. Walaupun babak si satoshi dalam movie ni sangatlah sedikit tapi dia punya aura superb beb! Harus ditonton balik. Tengok scene mana dia ni lekat. Saya tak nak bagi tahu. Pandai pandai cari lepas tu bagi tahu saya k. Mana tahu salah orang ke. Okey tak? 

So, Thank you for reading! :)smile

Ujian di pagi yang hening

Hari ni tak nak story banyak banyak. Mood saya dah hilang disebabkan kereta. Alahai, dan dan nak sampai tempat kerja boleh pula tiba tiba bunyi hon. Bukan kereta lain buntikan hon dekat saya. Tapi, bunyi tu datang daripada kereta sendiri. Macam misteri pula kan. Peh, memang malu habis. Driver kereta lalu sebelah pun tertanya tanya apahal pula minah ni bunyi hon kat aku. Cari gaduh ke apa dia ni.Tapi, still bunyi juga. Malu weh! Tapi dengan macho nya saya pun gagahkan diri bawa juga kereta tu pergi tempat kerja. Siap parking weh. Lepas tu memang kecoh la kat office kan. Bila dah bunyi tuh. Sampai sekarang still menunggu kedatangan seorang mechanic. Mintak mintak boleh repair and kembali pulih. Janganlah macam ni wahai kereta. Saya sayang kamu (ayat memujuk tak nak ada hal lagi). So, mood hari ni: down habis and tak ada mood nak buat kerja. hari ni nak pergi muhasabah diri. Huhuhu. 


Thank you for reading! :)smile
Muka hampa habis! :(

Internship At Plus Expressway Berhad

Kali ni nak story pasal Intern saya di Plus Expressway Berhad, Subang. Mesti cakap pergi sana jadi jurutol ke? Bukan, pernyataan itu adalah salah sama sekali. Saya pergi untuk menimba ilmu di sana sebab Plus adalah satu 'concession company' yang mostly projeknya adalah berkaitan dengan highway. So, terpaksa lah saya buka balik buku rujukan pasal Highway Engineering ni. Menarik sebenarnya because Plus ni sebagai client. So, tak adalah banyak tekanan berbanding as a contractor or consultant. BUT, kadang kadang ada sahaja tekanan terutamanya bila berdepan dengan isu isu yang membabitkan projek diorang ni. Kenalah berdepan juga walaupun client. Kiranya kena ambil tahu jugaklah. Memang seronok dapat menimba pengalaman kat sini. So, tak ada istilah 'kena bambu'  sebab kita yang mengeluarkan arahan. Best juga sesekali dapat jadi macam bos ni. Bila meeting je saya tengok orang kena marah la naik angin la. Best best pun kena juga lah tahu macam mana the details of the projek kan. Bukan senang lenang duduk sini macam puteri raja tengok je orang buat kerja.


So, sekarang ni Plus memang ada projek. Hot and Spicy projek nya. Bukan title projek macam tu. Bukan tau. But, sekarang mereka tengah buat 4th Lane widening project di 4 lokasi yang berbeza. Ditambah pula dengan interchange project di 3 lokasi yang berbeza. Details nya tak boleh nak bagitahu sangat. Heehee. So sorry. Have to respect the owner. Macam tu la ibarat nya. Tapi, apa yang boleh saya share kat sini adalah projeknya memang melibatkan jutaan ringgit. Of course lah kan. Dah nama pun buat Highway. Lagi satu, apa yang dapat saya belajar ialah teknik stone column yang digunakan untuk kaedah rawatan tanah atau saya dengan senang hatinya cakap, 'ground improvement'  Memang sangat menarik sebab tak pernah lagi tahu pasal teknik ni. Bila masuk jek, memang surprise habis. Stone column terbahagi kepada 2 teknik iaitu, 'Dry Method' &' Wet Method' Dry memang teknik dia kering lah kan tengok tajuk pun dah tahu. But, untuk yang Wet punya ada penggunaan air di situ. Dah nama pun wet kan. So, these two techniques memang lah sangat bagus untuk soil yang menghadapi problems macam soil settlement.


So, saya ada experience dalam mengetahui teknik ni meskipun dalam construction dah ramai orang pakai tapi saya still excited nak belajar pasal teknik ni. Kiranya, teknik ni adalah sebagai salah satu method selain install the pile dalam soil tu. Apa apa pun, bila intern tu janganlah main main sangat. Boleh je main main macam tidur tu kan. Yelah, bosan sebab tak ada kerja kan. Faham tu. Tapi, lesson learned! That was said by my bos. Everything, kalau boleh mesti nak kena ambil tahu. Itu sebagai knowledge lah. Even tak perlu pun anggaplah ia sebagai satu knowledge tambahan. Tak salah rasanya kalu kita sentiasa menuntut ilmu ni kan. Secara conclusion nya, jangan tidur banyak sangat bila practical training ni. Cari je apa apa kerja yang boleh dimuat turun dalam logbook anda. Hehehe. Itu yang penting. Kalau tidur je memanjang kau nak tulis apa dalam logbook tu. Nak tulis, 'pada hari ini, aku tidur selama 6 jam, sejam aku pergi makan, sejam lagi aku duk melepakdengan makcik kantin' Takkan nak tulis macam tu kan. Common lah, we are the next generation yang akan membuat perubahan kat dunia ni. So, the thinking or the idea generate from the brain is so important. Jangan tau cakap je tapi tak tahu what are the meaning of. Buat malu je. So, rajin rajin lah menuntut ilmu semasa Internship yek! Saya nak menuntut ilmu juga ni. Together, we share the knowledge okay. Jangan kedekut taik hidung masin tau!


Thanks for reading this entry. Hope apa apa idea yang agak memberansangkan please tell me. I am looking for it. :)smile




Contoh stone column


Contoh projek yang sedang dilaksanakan oleh PLUS

Profile Picture dalam Akaun Facebook

  Kenapa mesti pilih this title? Or untuk maksud yang terdekatnya kenapa nak cerita pasal ini? Hah, mesti tertanya tanya kan. By the way, semua orang ada facebook. Bila ada facebook mestilah ada profile picture kan. Masa nak pilih picture untuk dijadikan sebagai mark dalam facebook. Time ni, mesti pening kepala nak letak gamba apa ey? Ke nak letak gamba time pergi jalan jalan hari tu? Ke nak letak gamba dengan gajah hari tu? Macam macam lah kan. Itu depends lah seseorang tu nak letak picture yang macam mana kan. 

  Tapi yang peliknya, ada tu sanggup duduk berjam jam depan komputer sebab nak edit picture masuk dalam facebook. Serious tak tipu. Bila dah edit faham faham lah kan. Yang gemuk jadi kurus. Yang muka ada jerawat mesti confirm clear. Termasuklah saya ni. Eh? saya tak gemuk & ada jerawat tau. Sometimes saya mesti nak letak gamba senyum senyum. Tapi, tak ada nak edit lama lama sebab saya bukan editor. Just nak puaskan hati kata orang kan. Kenapa ey? :) Itulah, terpulang kepada individu how dia nak mencantikkan gambar dia. Tak salah rasanya. Kita mesti respect apa pendapat & idea mereka. Mungkin itu sekadar hobi. Macam saya suka tukar tukar profile picture. Heehee. Enjoy what tukar tukar picture. Sampai dah ada dekat seratus lebih gamba dalam album profile picture tu. Isk isk. Fira fira, hentikanlah. Tapi tak boleh sebab lepas ni nak letak gambar pergi zoo pulak. :) Itul;ah tabiat saya kalau buka akaun facebook ni. Tak percaya. Nanti korang online facebook tengoklah mesti ada jek tangan gatal ni nak tukar. Lagi tak percaya? Tengok picture bawah ni lah. So, apa apa pun (macam Johan MRL cakap) boleh jek nak tukar tukar picture ni asalkan tak melaapaui batas. Sebab apa cakap macam tu. Yelah, jangan lah letak gambar yang bukan bukan macam gambar korek hidung ke dalam akaun tu. 

  Okey. Thanks for reading! Bye!










10 HOT GUYS ON THE FIELD

1. Of course my Frank Lampard









2. Steven Gerard

3. David Villa

4. Xabi Alonso

5. David Silva
6. Lionel Messi
7. Ricardo Kaka
8. Gonzalo Higuain
9. Cesc Fabregas
10. Samir Nasri

Guys yang kat atas ni memang saya rasa sangat hot and cute bila berada di padang. Sangat seronok bila watch football game, mereka mereka ni ada bermain. Rasa excited sangat. Tapi ini yang saya rasa memang hot lah. Tak tahu pada pandangan yang lain. If lain so sorry to let you down guys and girls. But, if sama then i should celebrate with you later. :) Thanks for reading! 


Recent Posts

My Teamwork

My Teamwork

My Graduation Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers