Buscar

Páginas

uwwweeekkkk!!!!!!!!!!!

uwwweeekkkk!!!!!!!!!!!

Layang layang di Pantai Klebang, Melaka


Hye semua orang, happy petang day (maaf, broken kejap sebab tengah jadi macam rojak sekarang ni gara gara tak tahu nak buat apa)

Pernah rasa main layang layang tak? Mestilah pernah kan. Siapa tak pernah tu maknanya dia memang ketinggalan zaman atau dia tangan bangku(istilah baru dicipta untuk siapa yang tak pandai main layang layang) Zaman kanak kanak memang saya pernah mengalami pengalaman main layang layang. Dulu, masa mula mula main kena buat sendiri. Al maklumlah dulu bukan macam sekarang. Sekarang beli jek. Dulu buat layang layang pakai surat khabar, tak kisah la apa apa kertas janji boleh jadi bentuk layang layang yang macam bentuk diamond tu. Siap curi magazine mak or abah semata mata konon nak fancy sikitlah dekat layang layang tu ada kaler kaler. Yela, surat khabar just hitam putih jek. Memang tak sedap mata memandang kan. So, buatlah layang layang tu yang hanya menggunakan bahan yang simple sangat. Ada lidi nak gam kat tengah layang layang tu biar dia dapat terbang tinggi tinggi. Siapa dapat terbangkan layang layang tu paling tinggi, dia paling hebatlah. Dengan ditambah tali yang lebih kurang macam tali gasing tu. Peh memang kfreatif sebenarnya saya ni dulu dulu. :)
Bila zaman sekarang ni, maksudnya bila dah meningkat dewasa ni nak main layang layang pun segan. Yela, mana tak segannya. Tak ke nanti orang label kau ni buang tebiat ke tetiba nak main layang layang. So, pendamkan ajelah walaupun rasa macam nak main lagi. Tapi, yang saya lemah pasal main benda alah ni bila nak terbangkan mesti kena lari laju laju supaya dapat terbangkan layang layang tu dengan mudahnya. Kalau jenis main olahraga 1000 meter takpelah juga kan main lari lari ni. Ini badan pemalas macam ni nak kena lari. Wah, memang kuruslah lepas ni kan. So, pendamkan lagi niat tu. :)

Nak ditambakan lagi entry ni, hari tu saya berpeluanglah melihat sendiri betapa ramainya orang main layang layang. Tak kira usia muda, tua silap silap atuk nenek pun main. Memang ramai berkumpul di satu tempat yang lapang dipanggil Pantai Klebang, Melaka hanya untuk beriadah sambil bermain layang layang di situ. Memang sangat kagum. Ada tu, layang layang dia warna warni beb tak macam dolu dolu. Siap boleh buat rupa ular, sotong lah, lepas tu dekat layang layang tu ada gambar macam macam. Akan datang mesti ada yang letak gambar diorang kat layang layang tu. Memang ada lepas ni. 

So, kalau nak main layang layang sangat sangat or mengidam macam nak gila maka pergilah pantai sana k. Memang menarik tempat tu. Dengan angin yang sepoi sepoi bahasa, memang terbaik lah kalau dapat main dekat situ. Siap, boleh lepak lagi sambil makan char kuew tiow kat situ. Sedap pun sedap. (macam promoter lah pula kan)

Thanks for reading this entry. :)smile 
muka happy dapat pergi pantai

nampak macam burung kan? tapi sebenarnya tak

orang ni bertanggungjawab menjadi tour guide

layang layang, bukan burung k

kagum tengok layang layang berbunyi macam bot



tiba tiba ada kuda, aktiviti tambahan


lepak nak makan, lapor!




2 comments:

GR

wah, datang melaka!! :P

Norsyafirah Azhari

:) fav place situ... nape? duk sane?

Post a Comment

Recent Posts

My Teamwork

My Teamwork

My Graduation Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers