Buscar

Páginas

uwwweeekkkk!!!!!!!!!!!

uwwweeekkkk!!!!!!!!!!!

Resipi Puding roti, resepi nenek moyang :)

Okey, hari tu dengan bangganya saya berjaya menyiapkan puding roti dengan sedapnya. Habis kot! Kali ni saya nak reveal cara cara untuk membuat puding roti. Bukti yang saya pandai masak selain dari pandai makan. Hehehe...

Cara cara yang paling mudah dan sungguh simple sekali:

1. Mula mula prepare lah barang barang nya. Kalau takde barang macam mana nak buat kan kan kan. Pergilah Tesco ke Carrefour ke untuk membelinya. Bahan bahan ialah roti tak kisah berapa keping, marjerin, gula, tepung castard, susu cair 1 tin dan 2 -3 biji telur.

2. Kemudian, masukkan gula dan telur ke dalam bekas dan dipukul sehingga lah kembang macam belon. Lepas tuh, ambil susu cair panaskan atas api kemudian tuangkan bersama ke dalam adunan gula & telur tadi.

Then, ambil tepung castard masukkan ke dalam adunan tadi kemudian kacau sehingga sebati.

3. Lepas kacau, ambil roti, sapukan marjerin kemudian potong kecil-kecil, sukahati nak buat bentuk apa pun janji dah dipotong yek. Masukkan ke dalam bekas.

4. Adunan yang siap dikacau tadi kemudian dituang ke dalam roti roti tersebut dan digaul selama beberapa minit sehingga roti tu kembang.

5. Bila dah kembang, masukkan ke dalam oven, bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Dah siap! Puding roti anda akan sedaap dan enak untuk dimakan. Cuba & try! :)
tarra!

sekadar gambar hiasan apabila terlalu seronok!

Puding roti, in the making

First time, dalam sejarah tiba tiba tergerak hati nak buat puding roti. Maka dengan knowledge zero nye, buatlah puding roti dengan dibantu oleh video2 masakan 'how to make puding roti; di youtube. :) kelakar bunyi nye. Tapi itulah realiti. Tak tahu lagi hasil macam mana. So, kena tunggu dan lihatlah. Lepas berbuka baru boleh rasa. Jeng jeng jeng....

Selamat Berpuasa dan selamat menyambut ketibaan Ramadhan

Di kesempatan ini, saya sebagai salah seorang umat Islam ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Luas kan ucapan saya ni. :) Tak nak berat sebelah. Mana tahu ada kawan kawan kat luar negara ke. Sian diorang tak dapat ucapan puasa. Nanti merajuk. So, puasa kali ni kenalah banyakkan bersabar. Bukan apa banyak dugaan & cabaran yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan ni. So, apa yang berlaku tu kena ambil iktibar dan dijadikan sebagai pengalaman hidup. Kena banyak banyak berdoa kepada tuhan agar puasa kali ni menjamin keberkatan. Insya ALLAH. 


 Saya harap dapat puasa penuh tahun ni dan dibuka pintu hati agar lebih beriman dan lebih bertaqwa. Dan tidak lupa agar pintu rezeki sentiasa dibuka untuk keluarga saya. AMIN.. 


Don't ponteng ponteng puasa tau! Nanti tak dapat duit raya.. Heee ;)


Superhero ke Superwomen?

Pernah terfikir nak jadi SUPERHERO tak? Saya pernah! (angkat tangan) :) Pernah terfikir nak jadik Super Women lah.. :) Tapi time tu kecik kecik la bila tengok dekat tv, cite kartun pasal ULTRAMAN, SAILORMOON, POWEPUFF GIRLS,  macam macam lah. Tapi time tu jela. Bila dah besar ni terfikir nak jadik superhero yang betul betul super. Yela, sekarang banyak sangat jenayah. 


Paling sadis baru baru ni kita diterkejutkan dengan story pasal dua orang remaja perempuan yang hampir hampir maut bila nak kejar peragut yang meragut beg salah seorang daripada mereka ni. Nak dijadikan cerita, dua orang remaja ni baru balik dari bank. After keluar duit, diorang ni pun balik la. Lepas tu, sang peragut perangai macam haiwan ni (marah sangat) boleh pulak ragut mereka ni. Tapi yang paling sadisnya, seorang ni hampir nak putus tangan manakala yang seorang lagi tak tahu apa condition nye. Mereka ditimpa kemalangan waktu nak kejar peragut tu.


Sadis kan story ni. No wonder lah saya nak jadi SUPERHERO. Boleh selamatkan orang di waktu kesusahan. Tapi memang lah impossible right! Angan-angan jek. Moral of the story, be careful lah dengan keadaan sekeliling anda. Jangan cuba nak jadi sang wira bila keadaan tak mengizinkan kita untuk berbuat demikian. Bukan apa, mungkin dah ditakdirkan untuk kita bersemuka dengan perkara jenayah seperti ini. Yang penting, keadaan kita selamat dan serah pada yang ESA untuk menentukan balasan yang patut diterima oleh sang peragut itu. Peace!


saya nak jadi superwomen!

Farewell Party, PLUS

Okay, saya tahu saya agak malas kebelakangan ni. Malas nak menaip kat blog ni. Rasa macam suram jek. Tak tahu nak kabo macam mana. Nak dijadikan satu cerita, saya baru nak share the pictures (memorable pictures) time perpisahan hari tu. Kau berpisah dengan siapa pula fira. Berpisah dengan staff PLUS la. Even 2 bulan kat sane pun, saya disayangi macam puteri. Macam fairy princess. :)


Baik sangat, sanggup nak buat Farewell party untuk saya. Terharu gile. Permanent staff pun tak dapat layanan macam ni. Nak say thanks a lot to all the staffs yang bertungkus lumus memberi saya ilmu, mengajar saya dengan kehidupan di office, bergosip gosip, apa apa jela yang bersangkut paut dengan office ni. Suka sangat! You all memang terbaek! Nanti boleh la apply nak jadi sebahagian daripada family PLUS eyh. :) Anytime, anywhere kita jumpa lagi ye. Okey!
Itu sahaja garapan nak share dengan korang. Penat nak menaip. Sorry ye kalau entry tak menarik. Nak menarik tengoklah picture2 kat bawah ni. Pasti anda tertarik. :) Peace!




En.wan & Kak Faz 


sory,dah habis baru teringat nak capture pic :)


En. Ainul & Abg Faizal


This was my ex-bos! En.Azman


Chocolate Indulgance, always indulge me ;)


Best of the best, Kak ika & Kak Sas


Purezento!


All the staffs


cherish joy!


Wehehe




En. Razak, always be the funniest guy




WILL MISS YOU ALL!





Recent Posts

My Teamwork

My Teamwork

My Graduation Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers